Bahagia rasanya hati apabila sambutan Maulid al-Rasul tahun ini jatuh bersamaan 5 Februari iaitu hari kelahiranku. Semoga segala futuhat dan barakat kurniaan Ilahi sentiasa dilimpahkan buatku dan insan-insan yang aku kasihi. Amin!
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 6 yang bermaksud: "Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri." Tafsirannya, orang-orang mukmin itu mencintai nabi Muhammad SAW lebih dari mencintai diri mereka sendiri dalam segala urusan.
Sabda Rasulullah SAW menurut riwayat al-Bukhari daripada Anas RA yang bermaksud: "Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehinggalah aku lebih dia cintai daripada bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya."


Ya Nabiyullah! Ya Rasulullah! Ya Habibullah! Ku utuskan selawat dan salam buatmu. Allahumma salli wa sallim wa barik 'ala sayyidina wa habibina Muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in! Moga aku dan insan-insan yang aku kasihi turut tergolong dikalangan mereka yang mendapat syafaatmu kelak. Amin!