Tuesday, April 7, 2015

Tabiat si Pencinta

TABIAT SI PENCINTA

Pencinta Rasul SAW ialah mereka yang mencintai, merindui dan berperasaan sangat sayang akan makhluk paling mulia, Muhammad Rasulullah SAW. Pencinta Rasul SAW sentiasa menjadikan Insan Mulia ini sebagai teladannya. Pencinta Rasul SAW sentiasa patuh terhadap segala perintah dan larangan yang disampaikan. Pencinta Rasul SAW sentiasa keasyikan mengungkapkan kata-kata cinta melalui lafaz-lafaz selawat yang dirasakan paling indah baginya. Pencinta Rasul SAW sentiasa merindui, membayangi dan menuruti perkataan, perbuatan, pengakuan, gaya pakaian dan segala yang ada kaitan dengan Insan yang dicintainya.

Bukankah ini tabiat si pencinta? Bukan ia cinta paling mulia selepas cinta kepada Pemilik alam buana? Persoalannya, kita adalah pencinta siapa? Pencinta? Mengapakah tidak terlihat tanda-tanda cinta? Mengapakah dicemuh pencinta Insan Mulia SAW?

اللَّهُمَّ صّلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَّةِ الأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُورِ الأَبْصَارِ وَضَيَائِهَا وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم