Thursday, April 16, 2015

ZIKIR MENARI?

Pelik! Para sufi zikir menari? Tarian apa agaknya? Ballet? Rap? Break dance? Hip-hop? R&B? Kalau disifatkan sebagai tarian sekali pun apakah dalil-dalil al-Quran dan Sunah yang melarangnya? Ada atau tiada?
Bukankah al-Quran menyifatkan bahawa wujud orang-orang yang berzikir menyebut dan mengingati Allah SWT dalam pelbagai keadaan? Ada yang berdiri, duduk, berbaring mengiring dan sebagainya dalam keadaan memikirkan keagungan Allah SWT melalui alam ciptaan-Nya? (Ali Imran 3: 191).
Gerakan para sufi dalam zikir bukanlah tarian tetapi penghayatan keindahan zikir dan ekspresi rasa hati melalui gerakan anggota badan.
ISU SEBENARNYA, adakah kita terdiri dari kalangan al-zakirin dan al-zakirat iaitu orang-orang yang berzikir (al-Ahzab 33: 35)? Apakah sewaktu kita berzikir tiada sebarang perasaan? Tiada dirasakan sakinah (ketenangan)? Tidak wujud langsung getaran di hati? SAMA-SAMA KITA BERMUHASABAH!
Bukankah orang beriman itu (yang sempurna imannya) apabila disebut nama dan sifat-sifat Allah SWT gementarlah hati mereka?; Apabila dibacakan ayat-ayat Allah SWT bertambahlah iman mereka? (al-Anfal 8: 2).
HANYA DIRI SENDIRI YANG MENGETAHUI ISI HATI!