Monday, November 12, 2012

Menulis Khutbah di JAWI dan JAIS

MENULIS KHUTBAH DI JAWI DAN JAIS
Gambar hiasan: Mufti Mesir, Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah sedang berkhutbah

Alhamdulillah, hampir tujuh tahun saya menulis khutbah. Saya mula menulis khutbah untuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada tahun 2006 sehinggalah sekarang. Namun, pada tahun 2012 ini, saya mula cuba menulis khutbah untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Diawalnya kedengaran, proses kelulusan dan penerimaan khutbah JAIS lebih ketat berbanding JAWI. Berbanding di JAIS, saya telah lama bekerja di JAWI sebagai penulis dan penyemak khutbah JAWI semenjak tahun 2006-2010. Alhamdulillah, setakat ini lima (5) khutbah saya diterima dan dibaca di negeri kedua saya ini, iaitu Selangor Darul Ehsan.

Tajuk-tajuk khutbah yang dapat saya tulis dan sumbangkan pada tahun 2012 ini ialah:
1- Penyelewengan Syiah Di Malaysia, diluluskan JAIS dan dibaca pada 06042012 (download).
2- Berpegang Kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, JAIS, 29062012 (download).
3- Pelihara Jiwa, JAWI, 17082012 (download).
4- Gejala Fitnah Meruntuhkan Ummah, JAIS, 24082012 (download).
5- Benteng Diri, JAWI, 28092012 (download).
6- Keperluan Zikir Dalam Kehidupan Seharian, JAIS, 09112012 (download).
7- Kepimpinan Merupakan Amanah dan Tanggungjawab, JAIS, 03122012 (download).

InsyaAllah, saya akan terus menulis khutbah sehingga ke akhirnya. Kerana pada saya, khutbah merupakan salah satu wasilah untuk menyampaikan masej dakwah dan islah. Sekiranya para pembaca merasakan ada isu atau tajuk penting yang perlu ditulis, bolehlah disuarakan kepada saya dan insyaAllah saya akan cuba melaksanakannya.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ra'd 13:17 bermaksud: "Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan."