Thursday, April 28, 2016

10 Perisian Penting Pengajian Islam


10 PERISIAN PENTING PENGAJIAN ISLAM

Sebagai pelajar, guru, pensyarah atau yang seumpamanya anda pastinya merupakan seorang penulis dan sering menulis. Penulisan yang dilaksanakan sama ada tugasan atau kerja kursus (assignment), latihan ilmiah, disertasi, tesis, artikel dan sebagainya. Penulisan hari ini lebih mudah dan banyak dikendalikan melalui peranti komputer. Justeru, mencari, memilih dan memperoleh pelbagai perisian (software) untuk mempermudahkan proses penulisan merupakan tindakan yang bijak dan efisien.

Di sini, penulis kongsikan bersama beberapa perisian penting (essential software) yang telah digunakan dalam mempermudahkan penulisan. Kesemua perisian berkaitan adalah khusus untuk komputer yang dijalankan dengan system operasi atau OS Windows.

10 perisian yang dicadangkan penulis dikelompokkan kepada lima kategori berikut:
a) AL-QURAN
b) TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA MALAYSIA
d) TERJEMAHAN AL-HADIS BAHASA MALAYSIA
e) KAMUS
f) TRANSLITERASI.

a) AL-QURAN
Ayat-ayat al-Quran atau nas-nas hadis seharusnya tidak ditaip secara manual kerana pastinya akan wujud kesalahan daripada penulisan atau imlak tersebut. Terlalu banyak perisian yang dapat membantu. Antaranya:

1-Quran in Microsoft Word (laman sesawang: http://taufiqproduct.com/)
Quran in Ms Word adalah add-in software ke dalam Microsoft Word yang dibina oleh Mohamad Taufiq (FB). Kaedah instalasi perisian ini amat mudah. Apabila siap proses instalasi maka Microsoft Word anda akan mempunyai tab ADD-INS dan dibawahnya tab Al-Quran. Daripadanya anda dapat klik dan membuat pilihan untuk memasukkan ayat-ayat al-Quran dan terjemahan ke dalam dokumen Microsoft Word. Versi terjemahan yang disediakan oleh Mohamad Taufiq amat banyak termasuk Malay & English Translation.

Dapatkan alternatif installer di sini.
Dapatkan manual di sini.

2-Mashaf al-Madinah al-Nabawiyyah (laman sesawang: http://www.qurancomplex.org/)
Perisian Mashaf al-Madinah al-Nabawiyyah dibangunkan oleh Lembaga Percetakan al-Quran Raja Fahd al-Madinah al-Munawwarah. Perisian ini mempunyai keistimewaan kerana teks atau nas al-Quran yang cantik berdasarkan Mashaf al-Madinah al-Nabawiyyah. Perisian ini membolehkan proses memasukkan atau menyalin teks al-Quran ke dalam perisian utama seperti Microsoft Word, Notepad, Photoshop, Illustrator dan Indesign. Pengguna boleh memilih untuk mempamerkan dan mencetak teks al-Quran dengan sempurna atau sebahagian darinya, memasukkan isti‘āzah, basmalah, bingkai yang pelbagai dan lain-lain lagi. Selain itu, perisian ini boleh membantu anda mencari teks al-Quran yang dikehendaki dengan kaedah menaipkan sebuah perkataan sehingga menemukan keseluruhan ayat.

Dapatkan manual di sini.

3-Al-Bāhith (Qur’an Searcher)
Perisian ini sesuai dengan namanya iaitu al-Bahith yang bermaksud searcher atau pencari. Ianya memudahkan para penulis, pengkaji atau penyelidik untuk mencari dan menemukan ayat-ayat al-Quran dengan cepat dan mudah. Kaedah asas pencarian ialah menaipkan sebuah perkataan dalam sesebuah ayat dan anda akan menemukan keseluruhan ayat yang dikehendaki. Perisian ini juga mampu mempamerkan sebahagian atau keseluruhan ayat-ayat dalam sesebuah surah. Ianya juga dilengkapi dengan beberapa buah tafsir atau maksud-maksud ayat daripada al-Tafsir al-Muyassar, Tafsir al-Jalalayn dan terjemahan Bahasa Inggeris yang banyak membantu pemahaman.

Dapatkan manual di sini. Download perisian di sini.

b) TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA MALAYSIA

4-Terjemahan Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman
Terjemahan ini menjadi sumber kebanyakkan penulisan kerana bahasa yang dipakai lebih dekat dengan pemahaman Bahasa Melayu. Sebelum Windows 10 terdapat software format HELP (.hlp) yang boleh digunapakai. Namun, sehingga kini file tersebut masih tidak dapat dibuka melalui Windows 10.

Download perisian di sini.

Justeru, sebagai gantian laman sesawang berikut boleh dijadikan sumber Terjemahan Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman Sheikh Abdullah Basmeih (http://www.alquran-melayu.com/).
Sumber lain ialah (http://www.surah.my/).

Terjemahan Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman Sheikh Abdullah Basmeih boleh juga diakses pada website kendalian JAKIM di alamat (http://www.islamgrid.gov.my/terjemahan) dan terjemahan bahasa Inggeris di alamat (http://www.islamgrid.gov.my/flipbook/product/index.html).

c) AL-HADIS
Dengan perisian berkaitan maka anda tidak perlu lagi menaip teks hadis dan membariskannya. Cukup sekadar cari, salin dan tempel (copy & paste). Kaedah asas pencarian ialah menaipkan perkataan atau kalimah yang berkaitan dan cari sehingga menemukan keseluruhan nas hadis yang dikehendaki.

5-Al-Maktabah al-Shāmilah (laman sesawang: http://www.shamela.ws/)
Perisian ini sangat penting bagi pengkaji bidang Pengajian Islam kerana mengandungi pelbagai jenis kitab dari pelbagai bidang ilmu seperti tafsir, fikah, akidah, akhlak, tarikh, hadis, bahasa dan sastera Arab dan sebagainya. Anda boleh memilih mana-mana bidang kitab seperti yang ditawarkan. Dalam bidang hadis, kitab-kitab berkaitan disimpan dalam fail kutub al-mutun. Sebahagian kitab-kitab hadis lain turut tersimpan di dalam fail-fail khusus yang lain seperti fail al-ajza’ al-hadithiyyah dan fail shuruh al-hadith dan sebagainya.

Bagi installer baharu al-Maktabah al-Shāmilah saiznya amat besar lebih daripada 20gb. Justeru, cuba dapatkan installer versi lama yang saiznya hanya dalam 3gb sekiranya penggunaan anda hanya terbatas unutk mencari hadis-hadis.

Dapatkan manual di sini dan download perisian al-Maktabah al-Shāmilah 2.0 di sini.

6-Al-Durar al-Saniyyah (laman sesawang: http://www.dorar.net/).
Al-Durar al-Saniyyah adalah laman kelolaan Shaykh ‘Alawi 'Abd al-Qadir al-Saqqaf. Laman ini boleh dijadikan sumber mencari teks atau nas hadis selain boleh dijadikan bahan bantuan untuk mengenal pasti hukum atau status bagi setiap hadis.

d) TERJEMAHAN AL-HADIS BAHASA MALAYSIA

7-Mutiara Hadis (laman sesawang: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/)
Mutiara Hadis adalah laman sesawang yang dibangunkan oleh Normaly Kamal Ismail, Nurazzah Abdul Rahman and Zainab Abu Bakar daripada Universiti Teknologi Mara. Terjemahan hadis-hadis dalam Bahasa Malaysia boleh diperolehi daripada laman sesawang ini. Namun, laman sesawang ini hanya menyediakan terjemahan daripada kitab-kitab hadis yang enam (al-Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasa'i, Ibn Majah dan Abu Daud) tanpa wujud bersamanya teks atau nas hadis dalam Bahasa Arab.

e) KAMUS

8-E-Kamus
E-Kamus merupakan perisian yang dibangunkan oleh Zahari Bestsoft. Dengan satu instalasi anda akan mendapatkan 19 buah kamus termasuk Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Keempat. Melalui perisian ini anda akan mudah dari sudut membuat carian perkataan dan makna yang pantas serta mengandungi fungsi sebutan English (UK) bagi kamus bahasa Inggeris. Selain itu wujud penyemak ejaan bahasa Melayu pada Microsoft Word, Desktop Translator iaitu perisian terjemahan penuh English-Melayu, Melayu-English dan banyak lagi. Perisian ini sangat membantu bagi para penulis dan pengkaji. E-kamus boleh diperolehi melalui pembangunnya Encik Zahari Dollah (+60192337847 atau +60126863902)

Atau, download perisian e-Kamus 5.02.08 di sini.

9-Al-Qāmūs (The Dictionary)
Al-Qamus adalah kamus Arab-English-Arab yang dibangunkan oleh Sakhr Software daripada Alalamiah Group. Saya amat serasi dengan kamus ini berbanding kamus Arab-English-Arab yang lain seperti al-Maurid al-Qarib Dictionary kerana ketepatan dan keluasan bahasa dan makna serta memudahkan.

Download perisian di sini.

f) TRANSLITERASI
Transliterasi banyak digunakan dalam penulisan akademik sama ada pelajar dari kalangan pra siswazah, siswazah dan pasca siswazah. Transliterasi bermaksud penukaran teks dari satu skrip kepada yang lain atau penukaran huruf atau perkataan dan sebagainya daripada abjad sesuatu tulisan (cth: tulisan Arab) kepada huruf yang selaras bunyinya dan sebagainya dalam abjad sistem tulisan lain. Contoh tulisan perkataan Bahasa Arab kepada tulisan Rumi atau Latin.

10- Diacritic.dot
Banyak software yang dibangunkan bagi tujuan penulisan transliterasi. Namun, Saya memilih fail Diacritic.dot (Mustafa Umar 2014) untuk memudahkan penggunaan sistem transliterasi kerana skrip atau teks yang telah transliterasikan boleh dibaca pada komputer yang tidak memasukkan fail ini serta boleh dibuka atau dibaca di mana sahaja. Selain itu, short cut keyboard telah terjana dengan sekata mempermudahkan lagi proses penulisan transliterasi.

Dapatkan perisian & manual di sini. Baca lanjut di sini.

Semoga bermanfaat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ra'd 13: 17 yang bermaksud: 
"Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi."