Wednesday, August 24, 2016

Pemahaman Sebenar Ungkapan Imam Syafie Ra "Izā Ṣaḥḥa al-Ḥadīth Fahuwa Madhhabī" "إذا صح الحديث فهو مذهبي"

[Khutbah Jumaat, Pusat Islam, UKM, 19 Ogos 2016]

Oleh
Muhammad Adib Samsudin
Mohammad Zaini Yahaya
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
UKM

الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره علي الدين كله ولو كره المشركون أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله المبعوث رحمة للعالمين اللهم صل وسلم وبارك علي حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد صلى الله عليه وسلم الرحمة المهداة والنعمة المسداة وعلى اله وصحبه ومن تبعه ووالاه..أما بعد فيا أيها المسلمون اتقوا الله أوصيكم وإياى بتقوى الله فقد فاز المتقون. قال الله تعالى يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhan-Nya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegah-Nya.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Di antara keistimewaan Islam dalam menghadapi asakan pemikiran dan kepercayaan asing adalah merujuk kepada keilmiahan manhajnya. Menurut epistemologi Islam, keilmiahan sesuatu tafsiran kefahaman dalam sesuatu bidang itu merujuk kepada kesesuaian manhaj atau kaedah yang serasi dengan tabiat sumber ambilan sesuatu bidang tersebut. Manhaj atau metode yang dimaksudkan di sini ialah “jalan yang dapat menjamin seseorang pengkaji untuk sampai kepada kebenaran yang dicari tanpa tersimpang atau tersasar, juga tanpa terkeliru dengan kepalsuan yang disangkakan sebagai kebenaran yang dicari itu”. Firman Allah SWT dalam ayat 36, Surah al-Isra’:

ولا تقف ما ليس لك به علم إن السمع والبصر والفؤاد كل إولئك كان عنه مسئولا

Maksudnya:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.             

Manhaj atau metode ilmiah ini dirumuskan oleh ulama dengan ungkapan:

إن كنت ناقلا فالصحة , وإن كنت مدعيا فالدليل

Maksudnya:

Jika anda menyampaikan sebarang berita, maka pastikan kesahihannya dan jika anda mendakwa sebarang kenyataan, maka pastikan pendalilannya. Bertolak dari sini mimbar akan mengulas ungkapan “إذا صح الحديث فهو مذهبي” yang bermaksud jika sah sesuatu hadis itu maka itulah mazhabku.

Ungkapan ini agak popular ketika ini tetapi tidak asing bagi pengkaji ilmu fiqh dan usul fiqh. Ungkapan ini dikaitkan kepada beberapa ulama silam yang terkenal terutamanya Imam Syafie. Ungkapan yang ringkas dan padat ini dianggap sebagai satu kaedah dalam penentuan hukum yang digunapakai oleh si pengungkapnya. Secara literalnya kaedah ini difahami seolah-olah Imam Syafie berkata “jika sesuatu hadis itu didapati sahih maka pandanganku yang bertentangan dengannya akan terbatal.” Adakah benar fahaman sebegini?

Justeru, mimbar pada hari ini akan menganalisis ungkapan ini lebih teliti maksud yang dikehendaki oleh si pengungkapnya. Walaupun pengungkapnya sudah tiada, namun penelitian secara ilmiah masih boleh dilakukan dengan meneliti ulasan para ulama muktabar yang lebih memahami kehendak pengungkap tersebut iaitu Imam Syafie RA.

Sidang Jumaat sekalian,

Khutbah ini akan mengupas kesahihan kaitan ungkapan ini dengan Imam Syafie dan maksud sebenar yang dikehendaki daripada ungkapan tersebut. Hasilnya diharap dapat memberikan tafsiran sebenar bagi ungkapan  “إذا صح الحديث فهو مذهبي” dan syarat penggunaannya sebagai satu keadah usul fiqh Imam Syafie dalam penentuan hukum berdasarkan hadis sahih.

Sebelum membincangkan lebih lanjut berkenaan tafsiran ilmiah berkenaan ungkapan ini, mimbar nukilkan petikan ungkapan kata-kata ini daripada beberapa ulama sama ada daripada karya-karya tabaqat (biografi) mahupun kitab-kitab yang membincangkan tentang kedudukan hadis sebagai sumber rujukan perundangan Islam. Antaranya:

1.  Ibn Abi Hatim al-Raziyy (wafat 327H) dalam kitabnya Adab al-Shafi’iyy wa Manaqibuh. Beliau memetik daripada Harmalah yang merupakan murid kepada Syafie dengan katanya:
قال الشافعي: كل ما قلت فكان عن النبي صلى الله عليه وسلم خلاف قولي مما يصح، فحديث النبي صلى الله عليه وسلم أولى، فلا تقلدوني.
Maksudnya:
al-Shafi’i berkata: Setiap perkataan yang aku katakan menyalahi setiap yang sah daripada Nabi SAW, maka hadis Nabi SAW lebih utama. Jangan kamu mengikutku.

2.  Imam al-Nawawiyy  (wafat 676H) di dalam kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab berkata:
فصل: صح عن الشافعي رحمه الله أنه قال: إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا قولي، وروي عنه: إذا صح الحديث خلاف قولي فاعملوا بالحديث واتركوا قولي، أو قال: فهو مذهبي، وروي هذا المعنى بألفاظ مختلفة.
Maksudnya:
Ini satu fasal: (Terdapat nukilan yang) sahih daripada Syafie Rahimahullah bahawa beliau berkata: jika kamu dapati dalam kitabku ini bercanggah dengan Sunnah Rasulullah SAW maka ambillah Sunnah Raslullah SAW dan tinggalkan kata-kataku. Diriwayatkan daripadanya juga (katanya): jika sesuatu hadis yang sahih itu bercanggah dengan kata-kataku maka amallah dengan hadis tersebut dan tinggalkan kata-kataku, atau dia berkata: ini adalah mazhabku. Diriwayatkan makna ini dengan pelbagai lafaz.

3.  Bahkan, seorang ulama besar dalam mazhab Syafie bernama Taqy al-Din al-Subkiyy (wafat 756H) mengarang khusus tentang ungkapan dalam karya khusus tentang ungkapan ini yang berjudul Ma’na Qawl al-Imam al-Muttalibiyy Idha Sahh al-Hadis fahuwa Madhhabi. Beliau menyifatkan ungkapan  “إذا صح الحديث فهو مذهبي” sebagai ungkapan yang masyhur dan mendakwa tiada siapa pun dalam kalangan manusia yang sangsi bahawa Imam al-Shafi’i yang mengungkapkannya.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya ingin mengajak pula sidang jemaah untuk meneliti huraian dan maksud ungkapan tersebut melalui petikan-petikan daripada ulama muktabar dalam mazhab Syafie sendiri. Imam al-Nawawiyy RH misalnya berkata: “Kata-kata Imam Syafie ini tidak bermaksud bahawa sesiapa yang mendengar sepotong hadis sahih boleh berkata inilah mazhab Syafie dan beramal dengan zahir hadis tersebut.

Sebaliknya petikan إذا صح الحديث فهو مذهبي ini hanya kepada individu yang mencapai tahap mujtahid dalam mazhab. Syaratnya pula ialah kuat sangkaan mujtahid tersebut bahawa Imam al-Syafie R.A tidak berjumpa dengan hadis atau tidak mengetahui kesahihan hadis tersebut. Proses ini hanya boleh dilakukan setelah mujtahid meneliti kesemua hasil karya Imam al-Syafie dan yang seumpama dengannya seperti karya-karya pengikut Imam Syafie yang turut mencapai taraf ijtihad.  Syarat ini sukar dan tidak ramai yang boleh memenuhinya.”

Petikan kata-kata Imam al-Nawawiyy di atas jelas menunjukkan bahawa pemakaian hadis untuk pengistinbatan hukum tidak memadai dengan hanya berpandukan status hadis yang sahih semata-mata. Bahkan hadis tersebut mesti difahami secara teliti dengan merujuk kepada kaedah pengeluaran hukum fiqh yang dikuasai oleh ulama yang telah mencapai tahap mujtahid sahaja.

Oleh itu, individu yang bukan bertaraf mujtahid apatah lagi bukan ulama tidak layak untuk mengeluarkan sebarang hukum syarak tanpa merujuk kepada karya-karya fiqh yang muktabar. Ini kerana hasil penulisan mujtahid diabadikan dalam kitab-kitab fiqh setelah para mujtahid meneliti keseluruhan nas al-Quran dan hadis sebelum mengistinbat hukum syarak.

Selain itu juga, al-Imam ibn al-Salah RH turut mengulas kata-kata Imam Syafie di atas. Beliau menyatakan: “Tidak mudah untuk beramal dengan zahir kata-kata Imam al-Syafie itu. Bukan semua faqih berkelayakan untuk menjadikan hadis sebagai sandaran hukum syarak."

Antara ulama dalam mazhab Syafie yang beramal dengan hadis yang ditinggalkan dengan sengaja oleh Imam al-Syafie RA daripada dijadikan hujah walaupun Imam al-Syafie tahu bahawa hadis itu sahih tetapi tidak diketahui oleh orang lain ialah Abu al-Walid Musa bin Abi al-Jarud. Abu al-Walid berkata hadis (أفطر الحاجم والمحجوم) sahih. Maksudnya orang yang berbekam sama ada yang dibekam atau yang melakukan bekam puasanya terbatal. Namun demikian, Imam al-Syafie meninggalkan hadis tersebut walaupun beliau tahu kesahihannya kerana menurut beliau hadis tersebut telah dinasakhkan.

Nukilan Imam ibn Salah di atas menunjukkan bahawa hadis yang sahih juga tidak semestinya menjadikan hadis tersebut boleh dijadikan sebagai sumber pengeluaran hukum syarak. Ini kerana terdapat faktor lain dalam pengistinbatan hukum perlu diambil kira oleh mujtahid ketika meneliti sesuatu nas.

Bahkan Abu al-Walid Musa bin Abi al-Jarud yang merupakan ashab al-wujuh iaitu murid rapat Imam Syafie yang memperoleh taraf mujtahid sekalipun boleh terlepas pandang mengenai kehujahan hadis yang disebutkan di atas tadi. Kecuaian ini jika boleh berlaku kepada ulama mujtahid dalam mazhab Syafie sendiri, maka kebarangkalian perkara yang sama berlaku kepada orang lain yang bukan ulama mujtahid adalah lebih tinggi.

Oleh itu, kata-kata Imam Syafie إذا صح الحديث فهو مذهبي mesti difahami secara bersama dengan ilmu Usul Fiqh sebagai manhaj pengeluaran hukum syarak.

Tambahan pula, Imam Syafie telah mengambil kira kesemua hadis yang berkaitan dengan hukum halal dan haram dalam semua karya beliau. Hal ini diperakui oleh Ibn Khuzaimah yang merupakan tokoh terbilang dalam bidang hadis dan fiqh di samping menguasai keseluruhan mazhab Syafie. Beliau  menyatakan “aku tidak mendapati satu pun hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan halal dan haram yang tidak dimuatkan oleh Imam Syafie dalam karya-karya beliau.”

Perakuan Ibn Khuzaimah RH sepatutnya  sudah memadai untuk meyakinkan umat Islam mengenai ketelitian serta pertimbangan menyeluruh Imam Syafie RA sebelum mengeluarkan sesuatu hukum. Sikap yang ditunjukkan oleh Imam Syafie ini pada hakikatnya manifestasi kepada keseluruhan perbahasan dalam ilmu Usul Fiqh.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Selain ulama dalam mazhab Syafie, nada yang sama turut disuarakan oleh tokoh bermazhab Hanafi. Misalnya Ibn ‘Abidin RH berkata : “Tidak syak lagi kata-kata ini (إذا صح الحديث فهو مذهبي) hanya untuk individu yang berkelayakan untuk meneliti nas-nas al-Quran mahupun hadis serta berkeupayaan untuk membezakan antara nas yang muhkam daripada nas yang telah dinasakhkan.”

Ibn ‘Abidin pada teks di atas mengukuhkan lagi bahawa penelitian terhadap nas hadis dan juga nas al-Quran perlu dilakukan oleh individu yang telah mencapai taraf mujtahid. Ini kerana keupayaan untuk berinteraksi dengan nas yang muhkam dan mansukh bukan mudah dan hanya diketahui oleh ulama mujtahid melalui kaedah yang disusun dalam ilmu Usul Fiqh sahaja. Justeru, pengeluaran hukum syarak dengan hanya berpandukan kepada status hadis sahih tanpa panduan ilmu Usul Fiqh perlu dielakkan. Sekiranya disiplin pengistinbatan hukum syarak ini tidak dipatuhi, maka hukum yang dikeluarkan itu adalah tidak tepat sekaligus mendedahkan pelakunya kepada dosa. Ini kerana hukum yang dikeluarkan itu berasaskan kepada hawa nafsu dan bukan prosedur yang dibenarkan oleh Allah SWT.

Berhubung perkara ini, al-Allamah al-Mufassir al-Muhaddith al-Faqih al-Syeikh Abd al-Ghaffar Úyun al-Sud menyebut: “Kita lihat pada zaman kita ini ramai orang yang menisbahkan diri mereka kepada ilmu terpedaya dengan dirinya sendiri. Dia menyangka dia berada di puncak gugusan bintang tetapi sebenarnya dia berada di lembah yang paling bawah. Mungkin dia membaca sebuah kitab hadis daripada al-Kutub al-Sittah – sebagai contoh – lalu dia mendapati sepotong hadis bercanggah dengan mazhab Abu Hanifah lalu dia berkata: “Lemparkan mazhab Abu Hanifah ke dinding dan ambillah hadis Rasulullah SAW.” Ada kemungkinan hadis yang tidak diterima oleh Imam Abu Hanifah tersebut dinasakhkan atau berlawanan dengan hadis lain yang lebih kuat sanadnya atau lain-lain faktor yang menyebabkan hadis tersebut tidak dijadikan sebagai hujah sedangkan orang itu tidak tahu. Sekiranya dibiarkan orang-orang seperti ini beramal dengan hadis semata-mata, nescaya mereka akan tersilap dalam banyak masalah (fiqh) dan menyesatkan sesiapa yang datang bertanya kepada mereka.”

Teks al-Syeikh Abd al-Ghaffar Úyun al-Sud RA di atas jelas menunjukkan bahawa kesilapan serius boleh terjadi ketika mengistinbat hukum syarak sekiranya usaha pengistinbatan tersebut hanya berpandukan kepada hadis semata-mata. Lebih malang, hukum yang dikeluarkan itu membawa kepada kesesatan dan dosa berbanding memberikan hidayah dan pahala. 

Sidang Jumaat yang dihormati,

Perbincangan di atas tidak bermaksud mendahulukan pandangan mujtahid berbanding hadis Nabi SAW. Bahkan semua mujtahid bersepakat hadis berada pada kedudukan kedua selepas al-Quran sebagai sumber pengeluaran hukum syarak. Namun demikian, fokus khutbah ini ialah kefahaman terhadap hukum yang terkandung dalam nas hadis. Hukum tersebut tidak boleh diistinbat secara zahir sahaja dengan melihat kepada lafaz nas tetapi mesti melalui proses pertimbangan hukum yang digariskan dalam ilmu Usul Fiqh. Ini kerana Usul Fiqh ialah ilmu yang membahaskan kaedah untuk mengenali dalil syarak serta berinteraksi dengan dalil tersebut sehingga boleh dijadikan sebagai sandaran kepada pengeluaran hukum syarak.

Hukum syarak yang diistinbat daripada nas al-Quran mahupun hadis dikenali dengan hukum fiqh. Kupasan sebelum ini menyimpulkan bahawa sebarang hukum fiqh tidak boleh diistinbat semata-mata dengan hanya bersandarkan zahir hadis. Justeru, pada kesempatan ini dibawa beberapa nukilan bahawa rujukan hukum fiqh hanya kepada ahli fiqh yang terbukti penguasaan dalam ilmu Usul Fiqh.

Imam Abdullah bin Wahab sebagai contoh berkata: “Aku telah bertemu dengan 360 orang ulama. Jika bukan kerana Imam Malik dan Imam al-Laith nescaya aku akan tersesat dalam ilmu (percanggahan dalam hadis).” Beliau juga pernah berkata “ikutan kami dalam ilmu empat orang. Dua orang di Mesir dan dua orang di Madinah. al-Laith bin Saad dan ‘Amru bin al-Harith di Mesir. Malik serta al-Majishun di Madinah. Jika tanpa mereka ini, nescaya kami akan sesat.” al-Imam ‘Abdullah bin Wahab menambah lagi: “jika aku tidak diselamatkan oleh Allah SWT melalui Malik dan al-Laith, nescaya aku telah sesat. Dikatakan kepada beliau, bagaimana boleh sesat? Beliau berkata, aku banyak hadis sehinggakan aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa (beramal). Lalu aku bentangkan kepada Malik dan al-Laith. Mereka memberitahuku ambil yang ini dan tinggalkan yang ini.”

Ketiga-tiga petikan teks daripada tokoh besar dalam bidang fiqh bermazhab Maliki iaitu al-Imam ‘Abdullah bin Wahab jelas menunjukkan bahawa pemahaman sebenar hukum fiqh perlu kepada panduan ahli/pakar dalam bidang fiqh. Oleh itu, tidak wajar untuk mengeluarkan hukum fiqh dengan hanya merujuk kepada zahir nas hadis semata-mata.

Sidang Jumaat sekalian,

Selain itu, Imam Malik bin Anas RA yang merupakan seorang mujtahid mutlak mustaqill pernah menasihati anak saudara beliau yang bernama Abu Bakr & Ismail dengan katanya: “aku melihat kamu berdua suka mendengar dan mengumpul hadis. Jika kamu berdua ingin mendapat manfaat daripada hadis-hadis ini dan Allah SWT mengurniakan manfaat kepada kamu berdua, maka kurangkan (mendengar dan mengumpul) tetapi belajarlah ilmu fiqh.” Kata-kata Imam Malik ini merupakan nasihat kepada semua umat Islam agar mengambil ilmu itu daripada ahlinya yang muktabar khususnya ilmu fiqh. Nasihat ini perlu dan wajar diikut kerana ditakuti tersilap memahami hukum syarak yang terkandung dalam keseluruhan nas al-Quran dan hadis.

Kesilapan yang berlaku ini disebut oleh guru kepada Imam Abu Hanifah iaitu Ibrahim al-Nakhaíi RH. Beliau berkata kepada salah seorang muridnya yang bernama al-Mughirah al-Dhabbi: “sesungguhnya engkau telah mengenali kami bahawasanya kami tidak mengambil hadis-hadis melainkan daripada sesiapa yang mengetahui perkara yang halal daripada perkara yang haram dan perkara yang haram daripada perkara yang halal daripada hadis-hadis tersebut. Sesungguhnya engkau memperoleh hadis daripada seorang syeikh yang bercakap mengenai hadis lalu tanpa disedari syeikh itu mengubah perkara yang halal daripada haram dan mengubah perkara yang haram menjadi halal.”

Petikan teks di atas jelas menunjukkan bahawa kekeliruan dalam meneliti nas hadis boleh membawa kepada perubahan hukum halal kepada haram dan begitu juga sebaliknya.

Sidang Jumaat yang diredai Allah,

Kesimpulan khutbah ini ialah keupayaan untuk tahu@mengenali@mengeluarkan hukum halal dan haram yang merupakan fokus utama perbahasan fiqh mesti dipelajari dan diperoleh daripada pakar dalam bidang fiqh sahaja; bukan ulama dalam bidang yang lain termasuklah bidang hadis.

Dalam hal ini, murid kanan Imam Syafie iaitu al-Imam al-Muzani menjelaskan: “teliti dengan baik hadis-hadis yang telah kamu semua kumpulkan itu. Tuntutlah ilmu daripada ahli fiqh nescaya kamu akan menjadi fuqaha.” Nukilan ini memberitahu bahawa kefahaman yang betul mengenai hukum fiqh sehingga boleh menjadikan seorang itu faqih ialah dengan belajar atau menuntut ilmu daripada ahli dalam bidang fiqh. Bahkan ini adalah etika yang betul dalam menuntut ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam sekaligus cara yang selamat dalam beragama.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Thursday, July 28, 2016

Lirik, lyric (Arabic-English) أمتي | Ummatī

Maher Zain
[https://www.youtube.com/watch?v=G6B6BFVsbPw]

جِئْتَنَا نُوْرًا مُبِيْنًا
Shinning bright You came to us
تَغْرِسُ الإِيْمَانَ فِيْنَا
With a heart so full of love [You instill al-Īmān or faith in us]
أَحْرَصُ النَّاسِ عَلَيْنَا
And You showed that You're, the one who cares the most
أَقْرَبُ النَّاسِ إِلَيْنَا
And to us You've always been so close
كُلُّ نَفْسٍ تَقُوْلُ نَفْسِيْ إِلاَّ الحَبِيْب
Everyone will say, please save me, except al-Habib (The beloved)
أُمَّتِيْ.. أُمَّتِيْ.. يَقُوْلُهَا لَنَا يَوْمَ القِيَامَةِ
Ummatī, Ummatī (My Nation, my nation), He will say to us on the Day of Judgement
أُمَّتِيْ.. أُمَّتِيْ.. يَقُوْلُهَا شَفَاعَةً أَنَا لَهَا، أَنَا لَهَا
Ummatī, Ummatī (My Nation, my nation), He will say as an intercession "I will do it, I will do it"
[to intercede to God on behalf on His nation]
عِشْتَ فِيْ الدُّنْيَا كَرِيْمًا
You have always sacrificed
صَابَرًا رَغْمَ البَلَايَا
Smiled with patience, through the hard times
عِشْتَ إِنْسَانًا رَحِيْمًا
All You did inspired, everyone You knew
لُطْفُكَ عَمَّ البَرَايَا
Always selfless, striving for the truth
كُلُّ نَفْسٍ تَقُوْلُ نَفْسِيْ إِلاَّ الحَبِيْب
Everyone will say, please save me, except al-Habib (The beloved)
أُمَّتِيْ.. أُمَّتِيْ.. يَقُوْلُهَا لَنَا يَوْمَ القِيَامَةِ
Ummatī, Ummatī (My Nation, my nation), He will say to us on the Day of Judgement
أُمَّتِيْ.. أُمَّتِيْ.. يَقُوْلُهَا شَفَاعَةً أَنَا لَهَا، أَنَا لَهَا
Ummatī, Ummatī (My Nation, my nation), He will say as an intercession "I will do it, I will do it"
[to intercede to God on behalf on His nation]
مُحَمَّدٌ قَلْبِيْ وَرُوْحِيْ فِدَاكْ
Muhammad, I'd give my heart and soul for You
سَيِّدِيْ لَيْتَ عَيْنِيْ تَرَاكْ
Wish my eyes can see Your face, and be close to You,
رَاحَتِيْ هِيَ دَوْمًا فِيْ هُدَاكْ
Cause in Your guidance I find, peace of mind indeed
لَيْسَ يَشْفَعُ لَنَا سِوَاكْ
no one else on that day can intercede
أُمَّتِيْ.. أُمَّتِيْ.. يَقُوْلُهَا لَنَا يَوْمَ القِيَامَةِ
Ummatī, Ummatī (My Nation, my nation), He will say to us on the Day of Judgement
أُمَّتِيْ.. أُمَّتِيْ.. يَقُوْلُهَا شَفَاعَةً أَنَا لَهَا، أَنَا لَهَا
Ummatī, Ummatī (My Nation, my nation), He will say as an intercession "I will do it, I will do it"
[to intercede to God on behalf on His nation]

Lirik, lyric (Arabic-English) بك ملهمي | Bika Mulhimī

Maher Zain & Mustafa Ceceli
[https://www.youtube.com/watch?v=BOiZeJdAoNQ]

بِكَ مُلْهِمِي يَشْدُو فَمِّيْ
With Your name, O my inspiration, my heart (mouth) sings
وَالشَّوْقُ يَجْرِيْ فِيْ دَمِّيْ
The yearning for you runs in my veins
وَإِلَيْكَ دَوْمًا أَنْتَمِيْ
And to You I always belong
يَا سَيِّدِيْ يَا مُحَمَّد..
O my Master, O my Muhammad
قَلْبِيْ الـمُتَيَّمُ كُلَّمَا
Whenever my adoring heart
صَلَّى عَلَيِكَ وَسَلَّمَا
Sends peace and blessings upon You
ذَاقَ السَّعَادَةَ مُغْرَمَا
It tastes happiness while lost in love
يَا سَيِّدِيْ يَا مُحَمَّد..
O my Master, O my Muhammad
فِيْ مُهْجَتِيْ عِشْقٌ دَفِيْن
There's a deep-hidden yearning in my heart
وَبِدَمْعَتِيْ زَادَ الحَنِيْن
And with tears have increased my longing
بِكَ أَهْتَدِيْ فِيْ كُلِّ حِيْن
I look to You for guidance at every moment
يَا سَيِّدِيْ يَا مُحَمَّد..
O my Master, O my Muhammad
قَلْبِيْ الـمُتَيَّمُ كُلَّمَا
Whenever my adoring heart
صَلَّى عَلَيِكَ وَسَلَّمَا
Sends peace and blessings upon You
ذَاقَ السَّعَادَةَ مُغْرَمَا
It tastes happiness while lost in love
يَا سَيِّدِيْ يَا مُحَمَّد..

Thursday, April 28, 2016

10 Perisian Penting Pengajian Islam


10 PERISIAN PENTING PENGAJIAN ISLAM

Sebagai pelajar, pensyarah atau yang seumpamanya anda pastinya seorang penulis dan menulis. Penulisan tersebut sama ada tugasan (assignment), kerja kursus, latihan ilmiah, disertasi, tesis, artikel dan sebagainya. Penulisan hari ini banyak dan lebih mudah dikendalikan dengan komputer. Justeru, pelbagai perisian (software) disediakan untuk memudahkan proses penulisan.

Di sini, penulis kongsikan bersama beberapa perisian penting (essential software) yang telah digunakan dalam mempermudahkan penulisan. Semua perisian khusus untuk komputer yang dijalankan dengan OS Windows .

a) AL-QURAN
Ayat-ayat al-Quran atau nas-nas hadis seharusnya tidak ditaip secara manual kerana pastinya akan wujud kesalahan daripada penulisan atau imlak tersebut. Terlalu banyak perisian yang dapat membantu. Antaranya:

1-Quran in Microsoft Word (laman sesawang: http://taufiqproduct.com/)
Quran in Ms Word adalah add-in software ke dalam Microsoft Word yang dibina oleh Mohamad Taufiq (FB). Kaedah instalasi perisian ini amat mudah. Apabila siap proses instalasi maka Microsoft Word anda akan mempunyai tab ADD-INS dan dibawahnya tab Al-Quran. Daripadanya anda dapat klik dan membuat pilihan untuk memasukkan ayat-ayat al-Quran dan terjemahan ke dalam dokumen Microsoft Word. Versi terjemahan yang disediakan oleh Mohamad Taufiq amat banyak termasuk Malay & English Translation.

Dapatkan manual di sini.

2-Mashaf al-Madinah al-Nabawiyyah (laman sesawang: http://www.qurancomplex.org/)
Perisian Mashaf al-Madinah al-Nabawiyyah dibangunkan oleh Lembaga Percetakan al-Quran Raja Fahd al-Madinah al-Munawwarah. Perisian ini mempunyai keistimewaan kerana teks atau nas al-Quran yang cantik berdasarkan Mashaf al-Madinah al-Nabawiyyah. Perisian ini membolehkan proses memasukkan atau menyalin teks al-Quran ke dalam perisian utama seperti Microsoft Word, Notepad, Photoshop, Illustrator dan Indesign. Pengguna boleh memilih untuk mempamerkan dan mencetak teks al-Quran dengan sempurna atau sebahagian darinya, memasukkan isti‘āzah, basmalah, bingkai yang pelbagai dan lain-lain lagi. Selain itu, perisian ini boleh membantu anda mencari teks al-Quran yang dikehendaki dengan kaedah menaipkan sebuah perkataan sehingga menemukan keseluruhan ayat.

Dapatkan manual di sini.

3-Al-Bāhith (Qur’an Searcher)
Perisian ini sesuai dengan namanya iaitu al-Bahith yang bermaksud searcher atau pencari. Ianya memudahkan para penulis, pengkaji atau penyelidik untuk mencari dan menemukan ayat-ayat al-Quran dengan cepat dan mudah. Kaedah asas pencarian ialah menaipkan sebuah perkataan dalam sesebuah ayat dan anda akan menemukan keseluruhan ayat yang dikehendaki. Perisian ini juga mampu mempamerkan sebahagian atau keseluruhan ayat-ayat dalam sesebuah surah. Ianya juga dilengkapi dengan beberapa buah tafsir atau maksud-maksud ayat daripada al-Tafsir al-Muyassar, Tafsir al-Jalalayn dan terjemahan Bahasa Inggeris yang banyak membantu pemahaman.

Dapatkan manual di sini. Download perisian di sini.

b) TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA MALAYSIA

4-Terjemahan Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman
Terjemahan ini menjadi sumber kebanyakkan penulisan kerana bahasa yang dipakai lebih dekat dengan pemahaman Bahasa Melayu. Sebelum Windows 10 terdapat software format HELP (.hlp) yang boleh digunapakai. Namun, sehingga kini file tersebut masih tidak dapat dibuka melalui Windows 10. Justeru, sebagai gantian laman sesawang berikut boleh dijadikan sumber Terjemahan Al-Quran Pimpinan Ar-Rahman Sheikh Abdullah Basmeih (http://www.alquran-melayu.com/).

Download perisian di sini.

c) AL-HADIS
Dengan perisian berkaitan maka anda tidak perlu lagi menaip teks hadis dan membariskannya. Cukup sekadar cari, salin dan tempel (copy & paste). Kaedah asas pencarian ialah menaipkan perkataan atau kalimah yang berkaitan dan cari sehingga menemukan keseluruhan nas hadis yang dikehendaki.

5-Al-Maktabah al-Shāmilah (laman sesawang: http://www.shamela.ws/)
Perisian ini sangat penting bagi pengkaji bidang Pengajian Islam kerana mengandungi pelbagai jenis kitab dari pelbagai bidang ilmu seperti tafsir, fikah, akidah, akhlak, tarikh, hadis, bahasa dan sastera Arab dan sebagainya. Anda boleh memilih mana-mana bidang kitab seperti yang ditawarkan. Dalam bidang hadis, kitab-kitab berkaitan disimpan dalam fail kutub al-mutun. Sebahagian kitab-kitab hadis lain turut tersimpan di dalam fail-fail khusus yang lain seperti fail al-ajza’ al-hadithiyyah dan fail shuruh al-hadith dan sebagainya.

Bagi installer baharu al-Maktabah al-Shāmilah saiznya amat besar lebih daripada 20gb. Justeru, cuba dapatkan installer versi lama yang saiznya hanya dalam 3gb sekiranya penggunaan anda hanya terbatas unutk mencari hadis-hadis. Dapatkan manual di sini.

6-Al-Durar al-Saniyyah (laman sesawang: http://www.dorar.net/).
Al-Durar al-Saniyyah adalah laman kelolaan Shaykh ‘Alawi 'Abd al-Qadir al-Saqqaf. Laman ini boleh dijadikan sumber mencari teks atau nas hadis selain boleh dijadikan bahan bantuan untuk mengenal pasti hukum atau status bagi setiap hadis.

d) TERJEMAHAN AL-HADIS BAHASA MALAYSIA

7-Mutiara Hadis (laman sesawang: http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/)
Mutiara Hadis adalah laman sesawang yang dibangunkan oleh Normaly Kamal Ismail, Nurazzah Abdul Rahman and Zainab Abu Bakar daripada Universiti Teknologi Mara. Terjemahan hadis-hadis dalam Bahasa Malaysia boleh diperolehi daripada laman sesawang ini. Namun, laman sesawang ini hanya menyediakan terjemahan daripada kitab-kitab hadis yang enam (al-Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasa'i, Ibn Majah dan Abu Daud) tanpa wujud bersamanya teks atau nas hadis dalam Bahasa Arab.

e) KAMUS

8-E-Kamus
E-Kamus merupakan perisian yang dibangunkan oleh Zahari Bestsoft. Dengan satu instalasi anda akan mendapatkan 19 buah kamus termasuk Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Keempat. Melalui perisian ini anda akan mudah dari sudut membuat carian perkataan dan makna yang pantas serta mengandungi fungsi sebutan English (UK) bagi kamus bahasa Inggeris. Selain itu wujud penyemak ejaan bahasa Melayu pada Microsoft Word, Desktop Translator iaitu perisian terjemahan penuh English-Melayu, Melayu-English dan banyak lagi. Perisian ini sangat membantu bagi para penulis dan pengkaji. E-kamus boleh diperolehi melalui pembangunnya Encik Zahari Dollah (+60192337847 atau +60126863902)

9-Al-Qāmūs (The Dictionary)
Al-Qamus adalah kamus Arab-English-Arab yang dibangunkan oleh Sakhr Software daripada Alalamiah Group. Saya amat serasi dengan kamus ini berbanding kamus Arab-English-Arab yang lain seperti al-Maurid al-Qarib Dictionary kerana ketepatan dan keluasan bahasa dan makna serta memudahkan.

Download perisian di sini.

f) TRANSLITERASI
Transliterasi banyak digunakan dalam penulisan akademik sama ada pelajar dari kalangan pra siswazah, siswazah dan pasca siswazah. Transliterasi bermaksud penukaran teks dari satu skrip kepada yang lain atau penukaran huruf atau perkataan dan sebagainya daripada abjad sesuatu tulisan (cth: tulisan Arab) kepada huruf yang selaras bunyinya dan sebagainya dalam abjad sistem tulisan lain. Contoh tulisan perkataan Bahasa Arab kepada tulisan Rumi atau Latin.

10- Diacritic.dot
Banyak software yang dibangunkan bagi tujuan penulisan transliterasi. Namun, Saya memilih fail Diacritic.dot (Mustafa Umar 2014) untuk memudahkan penggunaan sistem transliterasi kerana skrip atau teks yang telah transliterasikan boleh dibaca pada komputer yang tidak memasukkan fail ini serta boleh dibuka atau dibaca di mana sahaja. Selain itu, short cut keyboard telah terjana dengan sekata mempermudahkan lagi proses penulisan transliterasi.

Dapatkan perisian & manual di sini. Baca lanjut di sini.

Semoga bermanfaat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ra'd 13: 17 yang bermaksud: 
"Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi."

Tuesday, October 27, 2015

ISLAM IMAN IHSAN


Hubungan antara Islam, Iman dan Ihsan

Melalui 'Hadis Islam, Iman dan Ihsan' atau 'Hadis Jibril RA' dijelaskan bahawa komponen utama 'Agama Islam' adalah tiga iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Sesungguhnya, Iman itu kepercayaan atau akidah, Islam itu pengamalan atau syariat dan Ihsan itu kerohanian atau akhlak (antara hamba dan Allah SWT, antara makhluk dan Khalik). Ketiga-tiga komponen ini walaupun diperjelaskan oleh Rasulullah SAW satu persatu secara berasingan, tetapi ketiga-tiganya merupakan hakikat yang satu iaitu 'Agama' atau 'Agama Islam' itu secara kompak. Perkara ini difahami berdasarkan kesimpulan Rasulullah SAW yang di akhir  'Hadis Jibril RA' yang bermaksud "itulah Malaikat Jibril AS yang datang kepadamu untuk mengajarkan 'Agama' kamu."

Penjelasannya, 'Agama' atau 'Agama Islam' itu meliputi: [1] aspek mental atau akal iaitu kepercayaan atau keyakinan yang disebut sebagai 'Iman'; [2] aspek fizikal atau badan iaitu pengamalan atau amalan-amalan zahir yang disebut sebagai 'Islam'; dan [3] aspek spritual atau hati iaitu kerohanian atau pergantungan hati kepada Allah SWT yang disebut sebagai 'Ihsan'. Ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain atau diabaikan salah satu daripadanya. Contoh penjelasan lain, 'Agama' itu diibaratkan sebagai sebatang pohon, benihnya atau akar umbinya 'Iman'; keseluruhan pohon yang meliputi batang, dahan, ranting, dedaun, bunga dan buahnya 'Islam'; dan penjagaan atau perapian seluruh pohon itu dari sudut kesuburan, keharuman, kemanisan dan seluruh keindahannya adalah 'Ihsan'.

Dalam 'Hadis Islam, Iman dan Ihsan' atau 'Hadis Jibril RA', Nabi SAW telah menjelaskan bahawa Iman itu ialah rukun Iman yang enam iaitu percaya kepada Allah SWT, percaya kepada para Malaikat, percaya kitab-kitab, percaya kepada para rasul, percaya hari akhirat dan percaya kepada Qadak dan Qadar. Kesemua pendetilan rukun Iman ini dapat kita pelajari, difahami dan kemudian diyakini dengan sebaiknya melalui pembelajaran ilmu Tauhid.

Manakala Islam, Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa Islam adalah rukun Islam yang lima iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT serta Nabi Muhammad itu utusan Allah SWT, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji sekiranya berkemampuan. Kesemua pendetilan rukun Islam ini dapat kita pelajari, difahami dan diamalkan dengan sebaiknya melalui pembelajaran ilmu Fiqah.

Ada pun Ihsan, Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa Ihsan itu ialah keadaan atau hubungan hamba dengan Tuhannya dia mana seorang hamba itu sentiasa merasakan pengawasan atau pemerhatian Allah SWT terhadap segala tindak tanduknya. Pendetilan rukun Ihsan ini dapat kita pelajari, difahami, ditekuni dan diamalkan dengan sebaiknya melalui pembelajaran ilmu Tasawuf.

Tuntasnya, 'Agama Islam' itu adalah Tauhid. Mentauhidkan Allah SWT itu dipraktikkan melalui kepercayaan (Iman), pengamalan (Islam) dan kerohanian atau kebertanggungan hati (Ihsan) hanya kepada Allah SWT Tuhan Yang Satu. Sumber dalam memperjelaskan apa itu Islam, Iman dan Ihsan adalah al-Quran, Sunah, Ijmak dan Qiyas atau umumnya adalah akal dan wahyu. Manakala ilmu yang perlu diambil peduli bahkan ia merupakan fardu ain iaitu kewajiban yang dituntut bagi orang perseorangan ialah ilmu Tauhid, ilmu Fiqah dan ilmu Tasawuf.

Justeru, bagaimana dengan pengamalan 'Agama' atau 'Agama Islam' kita? Adakah ketiga-tiga komponen ini iaitu  Islam, Iman dan Ihsan telah kita penuhi dan ambil peduli?