MODUL DAN SILIBUS ILMU USULUDDDIN
MENURUT AL-GHAZĀLĪ (W.505H)
(ILMU KALAM, IDEOLOGI & ILMU MANTIK)
(ILMU KALAM, IDEOLOGI & ILMU MANTIK)
Al-Ghazālī menyatakan di dalam kitab Jawāhir al-Qur’ān (1990:
39):
والقسم الثاني: هو مُحاجَّةُ الكفار ومجادَلتُهم، ومنه يتشعب علم الكلام المقصود لردِّ الضَلالاتِ والبِدَع، وإزالة الشُّبُهات، ويتكفل به المُتَكَلِّمون، وهذا العلم قد شرحناه على طبقتين، سمينا الطبقة القريبةَ منهما "الرسالة القُدْسِيَّة"؛ والطبقة التي فوقها "الاقتصاد في الاعتقاد". ومقصود هذا العلم حراسة عقيدةِ العَوَامّ عن تشويش المُبتَدِعَة، ولا يكون هذا العلم مَليًّا بكشف الحقائق، وبجنسه يتعلق الكتاب الذي صنفناه في "تهافُت الفلاسفة" والذي أوردناه في الرد على الباطنِيَّة في الكتاب الملقبُ "المُستَظْهِري" وفي كتاب "حُجَّةُ الحَقّ وقَواصِمُ الباطنية" وكتاب "مُفَصَّل الخلاف في أصول الدين". ولهذا العلم آلة يَعرِفُ بها طريق المجادلة بل طرق المُحاجَّة بالبرهان الحقيقي، وقد أَوْدعناه كتاب "محكُّ النظر" وكتاب "معيارُ العلم" على وجه لا يُلْفى مثله للفقهاء والمتكلمين، ولا يثق بحقيقة الحُجَّة والشُّبهة من لم يُحِطْ بهما علماً.
Bermaksud: "dan bahagian kedua (‘ulūm al-lubāb, al-ṭabaqah al-suflā, al-qism al-thānī): iaitu ilmu berhujah dan berdebat dengan kafir dan daripadanya bercambah menjadi Ilmu al-Kalam yang bertujuan menolak kesesatan dan bidaah serta menghilangkan syubhah-syubhah (i.i. kesamaran, keraguan). Ilmu ini menjadi tanggungjawab al-mutakallimūn (i.i. ahli Ilmu Kalam). Ilmu ini telah kami terangkan berdasarkan dua peringkat. Kami namakan peringkat yang di bawah daripada keduanya al-Risālah al-Qudsiyyah dan peringkat yang di atasnya al-Iqtiṣād fī al-I‘tiqād. Dan tujuan ilmu ini adalah mengawal akidah masyarakat awam daripada kekeliruan ahli bidaah dan tidaklah ilmu ini selamanya dapat menyingkap hakikat. Dan dengan jenisnya (i.i. ilmu ini) berkait kitab yang kami telah karang di dalam Tahāfut al-Falāsifah dan apa yang kami bawakan dalam menolak fahaman batiniah di dalam kitab yang dinamakan al-Mustazhirī dan di dalam kitab Ḥujjah al-Ḥaqq wa Qawāsim al-Bāṭīniyyah dan kitab Mufaṣṣal al-Khilāf fī Uṣūl al-Dīn. Dan bagi ilmu ini (i.i. Ilmu al-Kalam) alat yang diketahui dengannya kaedah berdebat bahkan kaedah-kaedah berhujah dengan burhan (i.i. bukti, dalil) hakiki. Dan sesungguhnya yang kami telah letakkan (i.i. susun, tulis) kitab Miḥak al-Nazar dan kitab Mi‘yār al-‘Ilm berdasarkan bentuk (i.i. penulisan) yang belum pernah ada sepertinya di sisi para fuqaha (i.i. ahli dalam ilmu fiqah) dan mutakallimīn. Dan tidak dipercayai dengan hakikat hujah dan syubhah sesiapa yang tidak menguasai ilmu keduanya (i.i. Ilmu Kalam dan alatnya iaitu Ilmu Mantik)".
Kesimpulannya, menurut al-Ghazālī Ilmu
Usuluddin dikuasai dengan tiga sub bidangnya iaitu:
i) Ilmu Akidah dan silibusnya:
1) Al-Risālah al-Qudsiyyah atau Qawā’id al-‘Aqā’id
(download)
2) Al-Iqtiṣād fī al-I‘tiqād (download)
ii) Ilmu Falsafah serta Ideologi atau al-Milal wa
al-Niḥal dan silibusnya:
3) Tahāfut al-Falāsifah (download)
4) Al-Mustazhirī (download)
5) Ḥujjah al-Ḥaqq wa Qawāsim al-Bāṭīniyyah
(download)
6) Mufaṣṣal al-Khilāf fī Uṣūl al-Dīn (download)
iii) Ilmu Mantik atau Logik dan
silbusnya:
7) Miḥak al-Nazar (download)
8) Mi‘yār al-‘Ilm (download)