Thursday, April 16, 2015

BERAT JENAYAH FITNAH

FITNAH adalah antara jenayah terbesar di dalam Islam sehingga diibaratkan lebih dahsyat dari membunuh (al-Baqarah 2: 191 & 217). Terutama fitnah yang melibatkan maruah seseorang. Kerana itu hukum jenayah Islam dalam mensabitkan ZINA maka syaratnya amat ketat dengan penyaksian (mata kepala) empat orang saksi. Begitu juga TUDUHAN ZINA (Qazaf) sehingga memerlukan lima sumpah termasuk sumpah melaknat diri.
Tidakkah maruah seorang itu dipelihara oleh Islam? Bukankah tinggi nilai dan kedudukan maruah seseorang? Mengapakah Muslim sesama Muslim tegar menyebarkan FITNAH yang boleh menjatuhkan maruah seseorang?
SIAPAKAH ANDA?