PERISIAN AL-BAHITH 4.0 الباحث
(Sila klik di sini untuk muat turun/download Perisian al-Bahith الباحث 4.0 anda.)
(Sila klik di sini untuk muat turun/download Perisian al-Bahith الباحث 4.0 anda.)
Pembangun: Samir Ghazi Muhammad Hassan
Website: http://quran.vb-pro.net atau www.vb-pro.net
Fungsi perisian: Perisian ini sesuai dengan namanya iaitu al-Bahith (الباحث) 4.0 yang bermaksud searcher atau pencari. Ianya mempermudahkan para pengkaji atau penyelidik atau para penuntut ilmu untuk mencari ayat-ayat al-Quran dengan hanya menaipkan sebuah perkataan dalam sesebuah ayat dan menemukan keseluruhan ayat yang dikehendaki. Perisian ini juga mampu mempamerkan sebahagian atau keseluruhan ayat-ayat dalam sesebuah surah. Ianya juga dilengkapi dengan beberapa buah tafsir atau maksud-maksud ayat daripada al-Tafsir al-Muyassar, Tafsir al-Jalalain dan terjemahan Bahasa Inggeris.
Keperluan perisian: Perisian al-Bahith (الباحث) 4.0 hanya akan berfungsi dengan baik sekiranya OS (Operating System) komputer anda mampu membaca dan menulis teks Bahasa Arab. Sekiranya tidak, anda perlu membuat tukaran pada sistem seperti berikut (Windows 7): pergi ke “Start Menu” “Control Panel” "Language and Region" "Administrative" "Change system locale" dan pilih "Arabic (Egypt)" (berdasarkan negara yang digemari). Akhirnya, restart dan tukaran pada sistem selesai.
Panduan pengguna: Perisian al-Bahith (الباحث) 4.0 adalah mesra pengguna. Beberapa panduan dan gambar atau rajah yang telah disediakan seperti di bawah pastinya dapat membantu anda dalam menggunakannya. Semoga bermanfaat!
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ra’d ayat 17 yang bermaksud: “Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.”
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ra’d ayat 17 yang bermaksud: “Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.”
Panduan I: Pencarian perkataan atau ayat
Langkah: masukkan perkataan yang dikehendaki, sebagai contoh البيت dan enter. Hasilnya, penemuan ayat-ayat yang mengandungi perkataan البيت tersenarai seperti di bawah (i.i. 14 ayat al-Quran mengandungi perkataan البيت).
Langkah: klik pada خدمات البرنامج kemudian klik pada تفسير معاني القرآن dan klik pada pilihan sama ada التفسير الميسر (al-Tafsir al-Muyassar) atau تفسير الجلالين (Tafsir al-Jalalain) atau الترجمة الإنجيليزية (terjemahan Bahasa Inggeris). Sebagai contoh saya memilih تفسير الجلالين dan ingin menemukan maksud bagi perkataan طلح kemudian enter. Hasilnya, maksud طلح tersenarai seperti gambar di bawah.