Wednesday, September 18, 2013

Selamat Hari Lahir Sayang

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Alhamdulillah, segala puja & puji dipanjatkan kepada-Nya, Tuhan yang Maha Esa. Selawat & salam diutuskan kepada rasul-Nya, Muhammad bin Abdullah.

Tanggal 18 September adalah bertepatan dengan hari kelahiran insan paling istimewa dalam diri ini. Justeru, post istimewa ini ditujukan khas buat dirinya iaitu ruhi, qalbi wa hayati, Nurul Afifah binti Syed Ahmad Shah. Semoga umurmu diberkati, dimurahkan rezeki, tercapai segala yang dihajati & hidup kita sekeluarga sentiasa berada di dalam rahmat, berkat serta redha ilahi. Amin Ya Allah!

Terima kasih di atas curahan kasih sayangmu, baktimu, kebaikanmu & di atas segalanya. Semoga dirimu sentiasa menceriakan & mengindahkan hidup kami semua. Amin Ya Rab!


[GAMBAR KIRI] Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Di antara kebahagiaan itu ialah wanita solehah. Kamu melihatnya maka dia mengagumkan kamu. Apabila dia tiada disismu maka kamu merasa aman terhadap dirinya (maruahnya) dan hartamu."

[GAMBAR TENGAH] Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah".

[GAMBAR KANAN] Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila solat wanita itu akan solat lima waktunya, berpuasa dia di bulannya (Ramadhan), menjaga dia akan kemaluannya (maruahnya) dan taat dia akan suaminya, maka dikatakan terhadapnya: Masuklah kamu ke dalam Syurga melalui pintu-pintu yang kamu kehendaki."