Wednesday, July 31, 2013

Bagaimana Mendapatkan Ph.D?


BAGAIMANA MENDAPATKAN PH.D?

"Bagaimana untuk Mendapatkan Ph.D" adalah judul buku tulisan Dr. Mohd Kamel Idris (MKI) daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Buku terbitan MKI Publishing berhalaman 166 ini amat sesuai sebagai bekal bagi calon Ph.D (Doctor of Philosophy) yang telah merancang atau baru sahaja memulakan misi memburu ijazah akademik paling tinggi ini.

Buku yang saya anggap sebagai "bekal persediaan mendapatkan Ph.D" atau "inspirasi mendapatkan Ph.D" ini amat bermanfaat kepada calon Ph.D. Penulis (MKI) menyifatkan: "Buku ini ditulis untuk memberi panduan kepada mereka yang berharap untuk mendapat segulung ijazah Ph.D tetapi mempunyai banyak kekangan". Secara umumnya, buku ini memperkatakan dua persediaan untuk mendapatkan Ph.D iaitu: [i] persediaan fizikal; dan [ii] persediaan intelektual. Inilah kesediaan utama yang perlu dimiliki oleh calon-calon Ph.D.

Sebagaimana yang disifatkan oleh mereka yang telah menempuh jalan ini, proses mendapatkan Ph.D adalah "dugaan besar". Justeru, ia amat memerlukan kesungguhan, ketabahan dan sifat 'sabar'.

Semoga dipermudahkan oleh-Nya. Amin!
Allahumma yassir wala ta'assir. Rabbana atmim bi al-Khir. Ya Rob!