Thursday, March 28, 2013

“Demi Pena dan apa yang mereka tulis”

“DEMI PENA DAN APA YANG MEREKA TULIS”
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Penulisan", "writing" atau "kitabah" adalah istilah yang sering diungkapkan terutamanya bagi mereka yang menceburi bidang akademik di peringkat pengajian tinggi. Manakan tidak, prestasi dinilai berdasarkan penulisan sama ada penghasilan buku ilmiah, artikel jurnal dan sebagainya. Mahu tidak mahu, sebarang penulisan perlu dihasilkan.

Secara umumnya, penulisan amat penting kerana ia adalah perantaraan ilmu. Tiada siapa yang mampu menafikan kepentingan "penulisan" kerana ia adalah perkara utama yang diungkapkan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Bijaksana. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam 68: 1 bermaksud: "Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis." dan di dalam surah al-Alaq 96: 4 bermaksud: "Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan."

La haula wala quwwata illa billah..

Antara perkara yang dicita-citakan penulis selama berada di dalam perjuangan menuntut ilmu ini ialah menulis dan menghasilkan sesebuah buku. Namun, sehingga kini sebarang buku belum dapat dihasilkan. Hanya beberapa buah artikel, khutbah dan tulisan-tulisan berbentuk cebisan. Ya Allah! Azamku sekurang-kurangnya mahu menulis dan menerbitkan dua buah buku untuk tahun 2013 ini. Allahumma yassir wala tu'assir, Ya Karim, bika astaghith..

Cerdik pandai menyebutkan: "If you would not be forgotten as soon as you are dead, either write something worth reading or do things worth writing." ("Jika anda tidak mahu dilupakan sebaik sahaja anda mati, maka tulis sesuatu yang bernilai dibaca atau lakukan perkara-perkara yang bernilai ditulis.")

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, mudahkanlah bagiku tugasku, lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku." (Taha 20: 25-28) 

Gambar bersama: [i] Us. Pahrol Mohd Juoi, 9-11 Oktober 2012, Bengkel Pemantapan Penulisan Kreatif Teks Khutbah JAWI 2012; [ii] Dr Jeniri b. Amir, 6-8 November 2012, Bengkel Penulisan & Penerbitan Buku Ilmiah; [iii] Dr. Othman Talib, 22 November 2012, Bengkel Penulisan Tesis Cepat dan Efisyen.