Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah: Perisian Al-Quran Terjemahan (Melayu & Inggeris) untuk Telefon Bimbit!

SALAM MAAL HIJRAH: PERISIAN AL-QURAN TERJEMAHAN (MELAYU & INGGERIS) UNTUK TELEFON BIMBIT!

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh!

Salam Maal Hijrah 1432H buat semua! Semoga dengan kedatangan tahun baru ini bersamanya segala keampunan, kebaikan, kemurahan rezeki, rahmat & keredaan Allah SWT buat kita semua. Amin!

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah tahun ini, disertakan installer perisian (softwere) al-Quran terjemahan (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) telefon bimbit untuk dikongsi sama. Sekiranya telefon bimbit anda berkeupayaan memainkan aplikasi JAVA, maka anda boleh memasangnya (install) ke dalam telefon anda. Berikut adalah beberapa screenshots berkaitan:

 

     


Sila muat turun/download installer di sini.

Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 88 yang bermaksud: “Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) kebaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNyalah aku kembali.”

Semoga bermanfaat & selamat mencuba!

Wassalam.